Friday, July 06, 2007

HATI MATI
Mari menulis kembali. Seperti selalu, blog ini banyak bercerita pasal aku dan aku. Lantak lah, ape org lain peduli. Sesungguhnya aku di persimpangan dilema pada tika dan saat ini..Org selalu cakap pada usia aku sekarang barulah ade rase teringin nak berkasih..ecececeh..
Disebabkan aku tiada sekali pun pengalaman cintan cintun even cinta monyet pun aku takde, jadi aku sgt sarkastik bila baru nak menempuh ke alam sebegini rupa. Tetiba aku rase awwwwwwwwwwwwww...sgt nervous.Ahahaha..

Finally semua itu tak menjadi dek kerana perangai aku yang sgt pelik. Dan tiada apa-apa yang patut aku ingatkan lagi. Nak buang jauh, buat ape aku ingat. Sampah semua tu, menyemak je.Ohh...sgt keras hati aku ini! Seseorang yang berhati mulia dan suci sila nasihatkan diri aku ini untuk belajar menghargai hati org lain. Tak sangka, sangat keras hati aku ni..
Melayan lagu ini by James Morrison, One Last Chance. Sangat terbang!

In my life I don't mean much to anyone
I've lost my way can't go back anymore
Once I had everything now it's gone
Don't tell me again coz I've heard it all before
Some people say that i'm not worth it
I've made mistakes but nobody's perfect
Guess I'll give it a try
I've got one last chance to get myself together
I can't lose no more time it's now or never and
I'll try to remember who i used to be
I've got one last chance to get myself together
The time has come for me to change again
I can't carry on like this, I will lose my friends
don't say that you have given up on me.
Just give me the time and space to heal my head
I don't wanna be misunderstood
I've got to take this chance and make it into something good


Friday, June 08, 2007

MANGKOK

Bosan betol. Jadi, bila ade perasaan bosan, barulah nafsu nak menulis tu ade. Kalau tak, bulan depan pun belum tentu aku nak menulis.

Dan bagi aku sendiri, menulis disini hanya mungkin sekadar memori di hari mendatang. Aku tidak punyai diari untuk mencatit aktiviti harian, hanya punyai blog. Dan tidak sekali aku mengharapkan orang baca blog ni. Bukan ade ape pun, just hidup aku. Ape orang lain pedulik pasal aku kan? Ahaha..

Oh ye, 2 minggu lepas aku dah survey lomo cam. Nak angkat 1 la..teringin aku rase belagak.

Sunday, May 27, 2007

SAHABAT



Lame bebenor rasenye tak update. Sampai jari jadi gagap. Semalam 26 Mei 2007 4 tahun lepas results SPM finally aku jumpa jugak member lame. Semalam memang spend time sebaik yang boleh, sebab lepas ni diorang continue dig. Dan tak tau bila agaknya lagi boleh outing.


US 4, my 3G phone picture quality


Pika, Jian dengan Fiana. Jumpa kat Midvalley, lepak kat food court..jalan-jalan cuci mate dan jumpa clown bodo yang tak menjadi nak kenakan aku..ahahaha. Sorry yeee..salah orang. Jalan jalan lagi macam orang baru first time sampai midvalley then decide lepak kat secret recipe borak2 panjang. Enjoy, happy and..ntah..sebab aku tak berapa faham ape yang aku rase semalam. Nway..thanx guys..even korang tak akan jumpa blog ni, bagi aku hubungan yang pernah kite semua jalinkan adalah yang terbaik bagi aku sampai bila-bila.

Sunday, April 15, 2007

LOTEH

Lama tak menulis, sibuk dengan hal dunia. Tiap minggu ade je yang dibuat. Aku perlukan cuti untuk aku claim tidur2 yang lepas. Sampai begitu sekali? Ya, aku perlukan ketenangan.
Selamat masuk ke alaf 21 juga untuk diri aku sendiri. Dah lepas lama dah pun. Harap - harap diri boleh jadi lebih matang, duit makin banyak, boleh beli kamera bagak, boleh belagak dengan semua orang macam aku sorang je yang pakai..ahaha. Hampeh.

Dua minggu lepas punya cerita, memenatkan diri ke Johor Bharu. Tinggal dekat The Zon Ragency Hotel. Oh, ape yang seronok? Takde ape pun. Pergilah dekat Danga Bay pada sebelah malam. Apa yang seonok? Oh, takde ape pun. Oh, letih betul aku dan memang tak boleh hidup la kalau letak aku kat JB. Sebab ape? Takde ape pun. Yang aku nampak paling best orang duduk mancing di selat Teberau. Itu je. Ahaha..

Mak aku pun macam bosan kat Danga Bay, ahaha



Balik singgah Melaka, saje jenjalan kat town. Seronok dan aman. Melaka memang happening even dah malam. Bersih je, bangunan lame yang sangat cool!!Persetankan dengan tema baru, VERTIKAL. Mari sertai!

Saturday, March 03, 2007

KAHWIN

9 februari lepas, abang aku telah selamat dinikahkan dengan pasangannya dari Langkawi Cik Zaini binti Ahmad. 10 haribulan majlis disebelah Langkawi dan 24 haribulan dibelah pihak kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Update kali ni spesel edition majlis perkahwinan je.

Sempat upload beberapa keping. Seminggu aku demam, batok tidak terhingga. Rase nak tekeluar dah semua organ2 dalam perut. Orang lain kahwin, aku yang lebih lebih demam.



Selamat dinikahkan

Resepsi sebelah perempuan - Lavender

Resepsi sebelah lelaki - Maroon


Makan time..

Persetankan berwajah baru, lebih cool. Join theme baru, Kandid. Suka dengan penampilan logo baru, sangat unik dan comel!Bikin mood muda mudi. Mungkin aku tidak banyak membantu tapi aku harap persetankan akan kekal & steady sampai bila-bila. Dan aku sedia untuk membantu. Adios..ketemu lagi yo!

Saturday, February 03, 2007

MANUSIA RIANG

Last week aku jalan-jalan tengok blog En.Nizam Nuri. Sangat seronok gaya hidup dia. Yang buat aku tertarik bila tengok dia buat flatpack toys dari readymech. Oh, bagi aku itu menarik. Dan aku sangat sukaaaaaaaa. Best tau buat keje macam ni. Memang minat aku kumpul things yang kecik kecik, sebelum ni pun aku ade collection hotwheels macam Chevelle 1970, Plymouth Superbird, Bedlam, Med Evil and bla bla bla..ade sesetengah orang cakap hobi aku ni macam budak budak. Suka hati aku lah nak collect ape ponnn dan peduli ape aku dengan mulut mulut orang.


Macam flatpack toys ni mende percuma, sehari aku buat 1 dan kalau rajin aku buat 2. Dan suatu hari nanti pasti aku akan ade kesemuanya, ahahaha..rakus!rakus!
Akhir akhir ni banyak kali terserempak dengan member lama. Dan secara automatic aku akan ingat zaman muda remaja, hihihi. Perkara yang banyak berkisah dalam hidup.Dan sekarang aku juga sudah mempunyai 'teman' baru. Apekah? To be continue..

Friday, January 05, 2007

CERMIN



Kembali menulis selepas kali terakhir. Tajuk diatas tiada kene mengena dengan cermin tingkap atau pintu rumah korang. Aku kini jarang jenguk dunia maya, sibuk dengan jadual kehidupan. Sibuk juga dengan persiapan untuk abang kedua aku yang bakal bernikah 9 Februari depan dengan pasangannya dari Langkawi.

Tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga yang mendatang akan lebih kita syukuri.Tahun 2006 sendiri terlalu banyak cerita untuk hidup aku. Terlampau banyak untuk dikisahkan. Pahit manis perjalanan hidup yang lebih mendewasakan dan mematangkan. Dan sepanjang kehidupan yang pernah aku lalui, tahun 2006 lah yang paling meninggalkan banyak kesan dalam diri. Tarik nafas panjang bila aku ingat balik.
Yang berlalu tetap berlalu dan yang mendatang aku harap semuanya baik baik saja.



Dan yang paling ketara, aku sekarang yang pastinya lebih sensitive. Seriously bukan aku sorang yang rase tapi juga orang sekeliling aku pun perasan, ahaha. Lebih lebih lagi bila anak rabbit aku mati. Kalau tidak aku ade 19 ekor rabbit, tapi 13 ekor lagi mati selepas dilahirkan. Meraung aku!ahaha..kesian, aku tetiba jadi tak sampai hati. Tak kiralah dari sudut ape sekalipun, sejak akhir akhir ni hati aku gila bangang memang tak menyampai.

Oh, kedengaran khabar indah Muse mahu ke Malaysia! Yo!

Hidup ini indah kalau kite bijak mengertikannya. Syukur, itu yang sewajarnya. Bertemu lagi..